Friday, January 9, 2015

Bridal Shower

Unexpected.

Thank you so much darling bridesmaids for the surprised. 
Imma happy lady, hihuuu ;p

On 22nd November lepas, my ex degreemates ajak kita keluar pastu suruh pakai cantik-cantik.
Mieya kata pakai glitter-glitter, pastu last minute nak keluar dia kata jangan pakai kaler putih.
Hello, aku dah siap cantik-cantik, memang dah ready pakai baju putih dia suruh tukar baju pulak. 
So, aku buat bodoh. Nonong jugak pergi dengan baju putih. Lantak situ! Haha

Aku pergi dengan Nad, 
officemate aku aka degreemate jugak aka diplomamate jugak aka schoolmate jugak.
Ahhh, malas lah cerita sejarah dengan Nad ni. 
Sebabnya, aku kenal dia masa dia masuk practical dekat office. 
Pastu dah kenal baru tahu, degree, diploma, sekolah, dulu sama. 
Apekeheyyy dah kerja tempat sama baru tahu. 
Eh, dah tercerita pulak! Haha

Okay sebab rumah weolls dekat, aku ambik dia pastu dia drive. 
Tak tahu pun mana dia nak bawak.
Pusing punya pusing punya pusing, sampailah Ampang.
Rupanya nak pergi Ampang je lahai, dari Shah Alam bukan main jauh dia pusing. 
Pastu pergi makan KFC dekat Ampang Park.
Suruh pakai cantik-cantik pastu pergi makan KFC je wehhhh. Frust dah aku!
Alkisah sebenar saje nak buat lambat sampai, sebab mastermind Mieya, Sarah, Haiza tak sampai-sampai lagi dekat tempat nak di acah-acah surprise ni.

Lepas dah kenyang makan Kepsi,
Nad ajak gerak pergi tempat lain. Kata dorang tak jadi jumpa sini (KFC).
Eleh pentipu! ;p

Sampai-sampai tempat lain tu,
memang tanjat lah gegirl sebab, weh best gila tempat niiii!
Mieya nampak aku pastu buat muka stress sebab aku pakai baju putih.
Dah sama pulak dengan dorang, so tak nampak mana satu perantin.
Kekeke, okaylah in theme apaaaa.

Tempat dia cantik gila uolls. 
Flora Terrace at Hampshire Place.
Bunga pepenuh jejuntai dari syiling.
Dia macam Flora Kafe jugak lah, tapi sini rare sikit kan.
More privacy.

Suka gilaaaaaa.
Thank you so much my Babygirls, I love you girls, muahhhhhh :*

Sarah siap tempah kek for my Bridal Shower,
and of course red velvet, they know me well girls hihi


From Left; Mieya, Me, Sarah, Haiza, Nad






The Masterminds ;D






Happy me, happy meeeeeeeeeee! ;)

Wednesday, January 7, 2015

DIY Hantaran

Nak tempah hantaran mahey, sudahnya aku plan gubah sendiri.
Search je memana hantaran yang simple & modern, pastu tiru je.

Sumber inspirasi utama aku dari instagram @ribbonsnties (Singapore),
Pergi beli barang-barang untuk decor.
Polestrin, kain, ribbon, jarum peniti, bunga.

Semua cucuk-cucuk je dengan jarum asal lekat.
Tak payah pakai glue gun pun.
Sayang, takut tak boleh recycle dah kot-kot sesiapa nak guna nanti, nak tukar tema warna lain ke.

Untuk hantaran laki perempuan aku buat sendiri.
Taknak jadi macam hantaran tunang.

Ceritanya camni:
Family mertua aku jauh duduk kat Sibu,
so dengan confidentnya mak mertua aku tempah thru FB je dengan siapa tah dia pun tak kenal kot.
Kononnya tempah dekat semenanjung senang siap terus ambik masa nak bawak pergi bertunang tu.
Sehari sebelum, pergi ambik rupa hantaran tu memang 'I is sad' betul lah.
Sian tau mak mertua aku call mama mengadu malunya nak datang, hantaran tak cantik.
Mama dah pujuk-pujuk, cakap takpelah tak penting pun kan janji rombongan sampai,
sarung cincin selamat.
Yang terkilannya sebab harga mahal gila okayyy.
Satu dulang RM90++, kau gilaaa!
Kalau meletop kebabom memang berbaloi lah, rupanya.. sedihhh.

Jadi untuk nikah ni,
mak mertua aku terus tanya aku hantaran nak buat macam mana.
Aku pun laju-laju lah cakap takpe aku buat sendiri.
Lagipun memang peberet aku buat-buat bendalah ni,
lagi puas hati kan nampak hasilnya macam mana.
Mana yang tak cantik boleh alter-alter.

Untuk hantaran lelaki,
Aku dah terbeli polestrin awal-awal haritu kat Semua House.
Polestrin tu dah siap berbalut dengan kertas ke kain glitter silver tah aku tak sure.
Bila dah beli, baru Azraie cakap dia nak tema stripe.
Sana-sini carik kain stripe nak balut lagi sekali tapi tak jumpa.
Susah betul nak jumpa kain corak stripe.
Nak beli kain langsir macam tebal melampau pulak, haha.
Jadi aku gigihkan godek-godek hantaran tu sampai jadi.
Pakai riben je haa, senang.





Untuk hantaran perempuan,
Eee, tak maluuu!
Buat sendiri untuk bagi diri sendiri.
Hahaha, ada aku kesah kan.
Untuk diri sendiri mestilah buat sehabis cantiknya.
Tema colour aku soft pink & white cream.





Monday, January 5, 2015

DIY Bridesmaids Box

Memang dulu kan berangan nak kengkawan pompuan ada sama-sama masa hari bersejarah kita.
Lagi-lagi my best girlfriends yang selalu ada tiap jatuh bangun kita.
Pastu bila nak kahwin, makin kuatlah semangat nak propose dorang ni jadi bridesmaids.

Memula beli kain, sekayu.
Potong-potong dapat 13 pasang.
Okay, thats mean untuk 13 orang.

I listed all my GFFs,
lepas tolak tambah darab bahagi,
yang mana available, mana tak available,
cukup 13.

My Officemates:
1. Nadhirah - Geng anak dara dekat office
2. Syira - (ex-officemate sbb dia dah habis practical, but still overly attached, jadi wajib included!)
3. Mas Ayu - Tempat aku mengadu domba masalah vendor-vendor kahwin, tempat mintak advise sbb dia baru kahwin & Ibu mengandung yang turut sama mahu serta berboria

My Degreemates:
4. Mieya - My BFF wajib lah in the list, partner gedik, partner gossip, manusia paling banyak tolong itu ini
5. Sarah - GFF kesayangan yang cantik jelita lagi menawan, yang banyak prepare itu ini for me
6. Haiza - Cheeky GFF, yang banyak idea & si pemeriah suasana

My Degreemates:
Okay, yang ni team Ustzh Swag. Haha sebenarnya masa degree budak-budak kelas suka panggil weolls ustazah sebab selalu nak keluar kelas 6.00PM-8.00PM cepat-cepat nak pergi surau kejar for Maghrib. Haha, sabo je ler. Ni team group assignment, susah payah hadap sama-sama, buat kerja sama-sama, takde kau tikam aku, aku tikam kau. So wajib included!
7. Fasih
8. Raihan
9. Walis
10. Aimi

My Diploma Darlings:
Dulu masa diploma jauh nun kat Machang tu, dua manusia ni je yang selalu ada untuk aku. Melekat, tak boleh berpisah!
11. Suhaila
12. Najiha

My Girlfriend:
Bestfriend Saujanian kita, tak lain tak bukan:
13. Puteri

Soooo, macam mana nak DIY bridesmaids box yang cantik tapi in budget?
Senang je, paling penting ada barang dulu. Kain, tudung, invitation & proposal card.
Bila ada barang baru boleh bajet nak beli kotak besar mana.
Kotak super murah beli dekat kedai kek, Bagus (RM1.80).
Glitter ribbon from Daiso (RM5 x 2 rolls).
Bunga orkid for deco from Mydin (satu tangkai ada beberapa kuntum, harga tak hengat RM7 lebih rasanya)
Tali tu beli dkt typo, mahal sikit (1 roll, RM15) dkt Mr. DIY murah je pi cari sana. Sejibon!
Kertas gold (utk huruf atas box from Daiso) & card for invitation (from Mr. DIY)

And taraaa...








Glad they love it, tulus ikhlas dari hari I decor for you guys tauuu..