Tuesday, October 7, 2014

Campur-baur

Lagi 50 hari,
Entah apa rasa entah.

Macam gelabah, macam banyak lagi tak settle.
Macam dah siap semua, macam belum.

Eh, faham tak macam mana rasa?
Haha

Taktau nak describe macam mana lah keadaan sekarang ni.
Luaran macam leklek be cool, dalaman serba tak keruan.

Semua preparation untuk majlis resepsi, so far okay.
Untuk nikah ni yang macam tak settle lagi.
Dokumen-dokumen semua tu.
Huwaaarghhh

Makin nak dekat, makin busynya lahai Azraie ni.
Bila kena deal dengan project yang cue-date pun
sebok tau nak release time-time orang sibuk nak kahwin ni.
Borang belah laki, boleh tahan lama jugak dia kepam.
Tu yang buat gelabah tu.

Kekangan kerja lah alasan utama kan.
Nak berurusan dengan orang semua time office hour.
Kita pulak kena ikat dengan kerja,
nak lari macam mana?

Aku pun rasa macam nak berhenti kerja je,
nak hadap segala tok nenek untuk preparation ni.
Tapi mana nak dapat duit bulan-bulan?
Terpaksa jugak curik-curik waktu kerja settle kan itu ini,
call situ call sini.

Sebab bukan artis yang semua orang berebut nak sponsor,
jadinya usaha sendiri, carik duit sendiri, search sendiri,
deal sendiri, bayar sendiri lah ceritanya.

Lagi 7 minggu.
Kalau kira hari rasa macam lama, macam sempat.
Tapi yang sebenarnya, weekend jelah ada masa nak hadap semua benda.
Jadi, kena kira by weeks, baru kau sedar waktu kau ada dengan preparation yang kau dah buat.
Kelibut.

Ini pun weekend depan kena pergi training,
weekend lagi satu ada inteview SPA Penguasa Kastam W41 tu.
Dah tak free, dah kena tolak 2 minggu.
Dah tinggal 5 minggu je lagi nak siap kan segalanya.
Oh no!

Dah tu, buat apa nama blog Keep Calm and Bride On kalau dah tak reti nak keep calm.
Leklek, semua boleh settle by the time.
Doakan semuanya dipermudahkan.
InshaaAllah

Wednesday, September 3, 2014

Review: The Engagement

Alhamdulillah, 

One step, PASSED!

Perkenalan 7 tahun dah selamat diikat (tunang) pada 1 MEI 2014 yang lepas.
Syukur sangat-sangat majlis berjalan dengan lancar dan meriah dari jangkaan :)

Pejam celik pejam celik dah 4 bulan,
tinggal kurang lebih 80 hari lagi untuk betul-betul kasi ikat mati.

Untuk preparation review tunang lepas,
kita dah share satu-satu macam doorgifts, pelamin,
make up, candy buffet, photobooth, khemah,
katering, hantaran, baju & lain-lain in detail dekat bawah.
Boleh click je terus dekat highlighted title tu.

Okay, jom kita review sikit majlis yang dah berlangsung dulu.


Tentatif Majlis:
  9.00 AM: Make Up
10.00 AM: Bersiap
10.30 AM: Camwhore / Photoshoot (sementara tunggu rombongan)
11.00 AM: Rombongan sampai / Bincang-bincang
12.00 AM: Sarung Cincin
12.30 AM: Jamuan Makan / Sesi Bergambar
  2.00 PM: Majlis Doa Selamat (orang surau & anak-anak Rumah Safiyya)






 SEBELUM MAJLIS 

Rasanya macam 50% je kita buat persiapan majlis awal-awal.
Lagi 20% siap dalam 2, 3 hari before majlis
dan lagi 30% malam sebelum majlis esoknya.

Haa, bagai nak rak kauuu.
Pukul 5 pagi baru tidur,
majlis start pukul 11 pagi,
tapi kena siap awal nak makeup segala lagi, bayangkan.

Masa tu dah tak hirau apa dah,
eyebag berleluasa ke,
jerawat stress bertempiaran tumbuh tiba-tiba ke apa ke tak pikir dah,
yang penting apa yang kita plan siap dan menjadi.

Kerja sakan sangat sampai tak cukup masa nak buat preparation.
Padan muka! Kuikuikui :D

Most of vendors for majlis ni hasil dari survey-survey dekat Instagram & Facebook je.

Haaaa,
nak warning awal-awal dekat semua Bride-to-Be,
sila pesan & bahagi-bahagikan kerja awal-awal dekat siapa-siapa yang boleh tolong korang ye.
Terangkan in detail, macam mana korang nak, apa korang plan segala.
Bila dah nak majlis memang takkan boleh hadap semua benda,
and expect apa yang kita plan awal-awal tu menjadi.
Kita plan lain, benda jadi lain ITU BIASA.
Get ready dan lapangkan hati :)



Photo booth kita DIY je,
ini namanya 'Photo Booth Suka Hati'. Haha :D





Candy buffet macam spoiled sikit sebab tak jadi macam apa dirancang.
Tapi asal boleh jelah janji ada rupa 'candy buffet' haha.
Ni memang favourite spot selain daripada Photo Booth.
Semua suka kerumun sini sebab ada chocolate fountain walaupun cinonet (bajettt..) haha.
Semua nak main celup-celup coklat. :D

Before table decoration

Ada lah rupa 'candy buffet' kannn? Haha ;D



Untuk makeup kebabom cantik yang kita sendiri rasa cantik dan tak ubah muka kita jadi orang lain adalah dari Kak Wana, @makeupbywana from @themomentsdiary (Instagram) :)

Cantik ke tidakkk? ;p

Baju

Sekarang, banyak sangat dah baju siap cecantik. Sooo, beli ready made je ;D




Gigih buat sendiri tauuu, memotong kain, jahit lace, membeading.
Hari-hari balik kerja ngadap benda ni sampai ke pagi.
Tak jadi bukak, tak jadi bukak.
Seteghehhhhh! Haha.
Untuk tudung, kita pakai yang sedia ada je kebetulan colour matched dah.




Survey hand bouquet ni memang sakit jiwa sikit, semua nak mahal.
Standard harga RM100-200, lagi-lagi yang fresh flower tu.
Berkenan memang yang macam-macam,
tapi kalau nak ikut kemampuan memang pikir sepuloh kali jugak lah.
Tunang je kan, nak hand bouquet kebabom nanti nikah sanding baru berhabis lah.
Nasib baik kita jumpa yang ni RM55 je.
Memang nasib...


Close up sikit

Bilik

Bilik kena decor jugak sebab port kaum perem-perem nak kumpul-kumpul,
tengok kita makeup, tengok kita sesiap,
port posing-posing camwhore sementara tunggu kena panggil turun nak sarung cincin.
Kita pinjam master bedroom mama papa lah sebab luas nak beramai-ramai.


Ada gambar tak habis kemas lagi ni je dalam simpanan. Haha



Mula-mula tempah 100 je tasbih, 100 lagi chocobar.
Lepas tu makin nak dekat makin rasa tak cukup pulak,
jemputan dah macam makin ramai.
Lepastu baru terpikir,
kalau guest non-muslim takkan nak bagi tasbih jugak kan?
Pastu rasa macam tasbih tu untuk rombongan sebelah lagi,
kawan-kawan parents kita yang datang lagi,
seram sejuk je takut tak cukup.
So, gigih perah idea then haaa, tambah 100 lagi kauuu.
Nak nampak grand tapi in budget, mari buat macam ni!

Paper bag Polka Dot hitam letak tasbih & chocobar




Hantaran

Hantaran memang kita DIY je, kita tak suka crowded-crowded, serabut-serabut.
Lagi pun kan untuk lelaki so takyah lah bunga banyak sangat.
Colour theme for hantaran Putih, Hitam, Silver.
Nak bagi naik sikit colour selitkan lah bunga warna Magenta sikit,
pastu doorgifts punya tisu paper yang colour magenta tu ada lebih sikit,
buat lah tambah-tambah kasi tak nampak polos.




Canopy


Khemah from Izzi Canopy & Suppliers. 
Colour scallop pilihan Mama kita, Fuschia. 
Decoration canopy beli & pasang sendiri ikut kreativiti suka hati. 
Tenaga lelaki amat-amat diperlukan untuk gantung bendalah-bendalah ni ye haha. 


Kemain sedap lagi pakcik aku tidur. Penattt...



Catering

Katering paling penting dalam satu majlis,
mestilah kita nak orang makan sedap kan dekat majlis kita.
Kita satu family memang puas hati sangat-sangat dengan semua makanan yang Rose Katering 
sediakan.

Menu hari tu Nasi Briyani.
Dari presentation, decoration,
2 org pelayan sampai habis majlis,
semuanya tip-top!

Semua yang datang puji makanan sedap sangat.
Kita pun rasa nak menangis sebab dapat jamah sikit je, woi ruginyaaa!
Esok-esoknya pun ada yang message, whatsapp, tweet, call cakap teringat-ingat nasi & lauk masa majlis tu.
Haa, sampai macam tu sekali penangan Rose Katering ni.
Tengah review pasal katering ni pun, kita dah kecuq ayaq liuq teringat.
Huwaaaaarghhhh! 






Mini Dais

Mini pelamin cantik kita dari @kaisaracreation :)
Simple je tapi cantik.
Harga pun in budget sangat,
memang ni yang paling murah kita survey.
Mini pelamin ni buat tempat sarung cincin & tempat seronok tangkap-tangkap gambar je :D



Bridesmaids

Dulang girls cantik kita memakcik, cousin, exclassmates degree & officemates kita. 
Sebab tunang je, memang tak mampu lah eden nak nyeponser baju. 
Jadinya, pilihan colour yang jadi pilihan kita sebab senang match & tak carca-merba adalahhhh...
HITAM! 

Hihi senang, semua ada baju hitam takyah pepening. 
Takde hitam pekat, takde hitam cair.
Tudung pulak pink. 

Kawan yang datang lambat pun 3, 4 orang kebetulan pulak datang pakai sama tema. 
Good instict, girlsss! 
Haa, apa lagi.. 
Memeriahkan bridesmaids kita lah ceritanya.






Okay, tu je.
Kalau nak tahu in detail, boleh click je dekat highlighted title atas tu.
Harap-harap sikit sebanyak kita dapat tolong & share idea
untuk siapa-siapa yang nak buat majlis bertunang tuuu :)

Tuesday, September 2, 2014

Review: Catering

Paling sedap di dunia,
semua yang datang buat review best.
Sampai dah balik, dah beberapa hari pun teringat-ingat kesedapan menu dia.
Sampai sekarang ni dah nak majlis kahwin pun ramai guests haritu suruh ambik catering yang sama lagi.
Decoration pun cantik.
Harga pun berpatutan.
Pelayan dia sangat rajin, baik, takde curik-curik tulang.
Sangat membantu tuan rumah.
Tak payah kita nak arah itu ini,
dia tahu apa nak buat semua.
Kira dah macam tulang belakang kita dah.
Highly Recommended!
FB: Rose Katering



Review: Make Up, Pelamin & Bilik Pantin

Make Up cantik dari Kak Wana,
Instagram: @makeupbywana
Range price tunang, RM 300.
Nasib Kak Wana duduk Shah Alam je,
no transportation cost.







Pelamin,
sangat in budget.
Simple yet beautiful lah bagi kita.
Instagram: @kaisaracreation
Pelamin kita RM 280 sahaja,
sebab Kak Wati tu dari Bangi kena tambah transportation RM50.
Total pelamin, RM330 sahaja.
Mana kau nak dapat harga pelamin murah macam ni woi!









Sebab tak jadi pengantin lagi,
kita panggil bilik pantin jelah.
Haha, takde kena mengena.
Bilik ni kira tempat berkumpul kaum-kaum perempuan lah,
before kena panggil turun.

Pinjam bilik mama papa sebab luas,
pastu cerah nak makeup-makeup.
Bilik kita gelap sebab tingkap kat hujung.
Tu je.








Review: Photo Booth & Candy Buffet

Photo Booth,
Buat suka-suka je.
Garland backdrop beli kain dekat Nagoya.
Beli dalam 3/4 warna,
pastu potong-potong.

Garland bling-bling macam bunga manggar tu,
dengan segala prop bagai tu beli dekat GM Klang,
store untuk buat party-party tu.

Garland tu gantung pakai handle shower curtain tu je,
senang, boleh adjust.
Sign nama & date tu very the last minute,
pagi sebelum kejadian tu baru buat.
So, asal ada lah ghupenya.
Pon boleh.

Memakcik kita gigih mendecor ;D















Candy buffet,
pun saje buat kasi meriah.
Mashmellow & segala jajan-jajan beli dekat kedai borong dekat Meru,
deret-deret kedai seberang Pasar Besar Meru.

Pastu,
Siap beli chocolate fountain kat Lazada lagi.
Tapi kita lupa nak bagitahu yang tukang tolong handle masa kejadian tu.
Kalau dah panas, coklat dah cair, off kan button heat tu dulu.
Sebab lupa nak instruct cara-cara mengguna,
habis, musnah, meletop, tebabo!!!
Hahahaha, sedih weh baru beli dah tak boleh guna lagi.

Sudahnya,
panaskan pakai periuk dengan electric kitchen je lah.
Nasib masih tetap jadi favorite port semorang nak main celup-celup chocolate.

Decor ntah hape rupa.
Kira halal lah kan, janji meriah.



Siap beli vase dengan bunga lagi kengkonon nak hias table,
sudahnya kengkabot punya pasal, bunga vase ntah ke mana. Haha