Monday, January 5, 2015

DIY Bridesmaids Box

Memang dulu kan berangan nak kengkawan pompuan ada sama-sama masa hari bersejarah kita.
Lagi-lagi my best girlfriends yang selalu ada tiap jatuh bangun kita.
Pastu bila nak kahwin, makin kuatlah semangat nak propose dorang ni jadi bridesmaids.

Memula beli kain, sekayu.
Potong-potong dapat 13 pasang.
Okay, thats mean untuk 13 orang.

I listed all my GFFs,
lepas tolak tambah darab bahagi,
yang mana available, mana tak available,
cukup 13.

My Officemates:
1. Nadhirah - Geng anak dara dekat office
2. Syira - (ex-officemate sbb dia dah habis practical, but still overly attached, jadi wajib included!)
3. Mas Ayu - Tempat aku mengadu domba masalah vendor-vendor kahwin, tempat mintak advise sbb dia baru kahwin & Ibu mengandung yang turut sama mahu serta berboria

My Degreemates:
4. Mieya - My BFF wajib lah in the list, partner gedik, partner gossip, manusia paling banyak tolong itu ini
5. Sarah - GFF kesayangan yang cantik jelita lagi menawan, yang banyak prepare itu ini for me
6. Haiza - Cheeky GFF, yang banyak idea & si pemeriah suasana

My Degreemates:
Okay, yang ni team Ustzh Swag. Haha sebenarnya masa degree budak-budak kelas suka panggil weolls ustazah sebab selalu nak keluar kelas 6.00PM-8.00PM cepat-cepat nak pergi surau kejar for Maghrib. Haha, sabo je ler. Ni team group assignment, susah payah hadap sama-sama, buat kerja sama-sama, takde kau tikam aku, aku tikam kau. So wajib included!
7. Fasih
8. Raihan
9. Walis
10. Aimi

My Diploma Darlings:
Dulu masa diploma jauh nun kat Machang tu, dua manusia ni je yang selalu ada untuk aku. Melekat, tak boleh berpisah!
11. Suhaila
12. Najiha

My Girlfriend:
Bestfriend Saujanian kita, tak lain tak bukan:
13. Puteri

Soooo, macam mana nak DIY bridesmaids box yang cantik tapi in budget?
Senang je, paling penting ada barang dulu. Kain, tudung, invitation & proposal card.
Bila ada barang baru boleh bajet nak beli kotak besar mana.
Kotak super murah beli dekat kedai kek, Bagus (RM1.80).
Glitter ribbon from Daiso (RM5 x 2 rolls).
Bunga orkid for deco from Mydin (satu tangkai ada beberapa kuntum, harga tak hengat RM7 lebih rasanya)
Tali tu beli dkt typo, mahal sikit (1 roll, RM15) dkt Mr. DIY murah je pi cari sana. Sejibon!
Kertas gold (utk huruf atas box from Daiso) & card for invitation (from Mr. DIY)

And taraaa...








Glad they love it, tulus ikhlas dari hari I decor for you guys tauuu..











No comments:

Post a Comment