Wednesday, September 3, 2014

Review: The Engagement

Alhamdulillah, 

One step, PASSED!

Perkenalan 7 tahun dah selamat diikat (tunang) pada 1 MEI 2014 yang lepas.
Syukur sangat-sangat majlis berjalan dengan lancar dan meriah dari jangkaan :)

Pejam celik pejam celik dah 4 bulan,
tinggal kurang lebih 80 hari lagi untuk betul-betul kasi ikat mati.

Untuk preparation review tunang lepas,
kita dah share satu-satu macam doorgifts, pelamin,
make up, candy buffet, photobooth, khemah,
katering, hantaran, baju & lain-lain in detail dekat bawah.
Boleh click je terus dekat highlighted title tu.

Okay, jom kita review sikit majlis yang dah berlangsung dulu.


Tentatif Majlis:
  9.00 AM: Make Up
10.00 AM: Bersiap
10.30 AM: Camwhore / Photoshoot (sementara tunggu rombongan)
11.00 AM: Rombongan sampai / Bincang-bincang
12.00 AM: Sarung Cincin
12.30 AM: Jamuan Makan / Sesi Bergambar
  2.00 PM: Majlis Doa Selamat (orang surau & anak-anak Rumah Safiyya)






 SEBELUM MAJLIS 

Rasanya macam 50% je kita buat persiapan majlis awal-awal.
Lagi 20% siap dalam 2, 3 hari before majlis
dan lagi 30% malam sebelum majlis esoknya.

Haa, bagai nak rak kauuu.
Pukul 5 pagi baru tidur,
majlis start pukul 11 pagi,
tapi kena siap awal nak makeup segala lagi, bayangkan.

Masa tu dah tak hirau apa dah,
eyebag berleluasa ke,
jerawat stress bertempiaran tumbuh tiba-tiba ke apa ke tak pikir dah,
yang penting apa yang kita plan siap dan menjadi.

Kerja sakan sangat sampai tak cukup masa nak buat preparation.
Padan muka! Kuikuikui :D

Most of vendors for majlis ni hasil dari survey-survey dekat Instagram & Facebook je.

Haaaa,
nak warning awal-awal dekat semua Bride-to-Be,
sila pesan & bahagi-bahagikan kerja awal-awal dekat siapa-siapa yang boleh tolong korang ye.
Terangkan in detail, macam mana korang nak, apa korang plan segala.
Bila dah nak majlis memang takkan boleh hadap semua benda,
and expect apa yang kita plan awal-awal tu menjadi.
Kita plan lain, benda jadi lain ITU BIASA.
Get ready dan lapangkan hati :)



Photo booth kita DIY je,
ini namanya 'Photo Booth Suka Hati'. Haha :D





Candy buffet macam spoiled sikit sebab tak jadi macam apa dirancang.
Tapi asal boleh jelah janji ada rupa 'candy buffet' haha.
Ni memang favourite spot selain daripada Photo Booth.
Semua suka kerumun sini sebab ada chocolate fountain walaupun cinonet (bajettt..) haha.
Semua nak main celup-celup coklat. :D

Before table decoration

Ada lah rupa 'candy buffet' kannn? Haha ;D



Untuk makeup kebabom cantik yang kita sendiri rasa cantik dan tak ubah muka kita jadi orang lain adalah dari Kak Wana, @makeupbywana from @themomentsdiary (Instagram) :)

Cantik ke tidakkk? ;p

Baju

Sekarang, banyak sangat dah baju siap cecantik. Sooo, beli ready made je ;D




Gigih buat sendiri tauuu, memotong kain, jahit lace, membeading.
Hari-hari balik kerja ngadap benda ni sampai ke pagi.
Tak jadi bukak, tak jadi bukak.
Seteghehhhhh! Haha.
Untuk tudung, kita pakai yang sedia ada je kebetulan colour matched dah.




Survey hand bouquet ni memang sakit jiwa sikit, semua nak mahal.
Standard harga RM100-200, lagi-lagi yang fresh flower tu.
Berkenan memang yang macam-macam,
tapi kalau nak ikut kemampuan memang pikir sepuloh kali jugak lah.
Tunang je kan, nak hand bouquet kebabom nanti nikah sanding baru berhabis lah.
Nasib baik kita jumpa yang ni RM55 je.
Memang nasib...


Close up sikit

Bilik

Bilik kena decor jugak sebab port kaum perem-perem nak kumpul-kumpul,
tengok kita makeup, tengok kita sesiap,
port posing-posing camwhore sementara tunggu kena panggil turun nak sarung cincin.
Kita pinjam master bedroom mama papa lah sebab luas nak beramai-ramai.


Ada gambar tak habis kemas lagi ni je dalam simpanan. Haha



Mula-mula tempah 100 je tasbih, 100 lagi chocobar.
Lepas tu makin nak dekat makin rasa tak cukup pulak,
jemputan dah macam makin ramai.
Lepastu baru terpikir,
kalau guest non-muslim takkan nak bagi tasbih jugak kan?
Pastu rasa macam tasbih tu untuk rombongan sebelah lagi,
kawan-kawan parents kita yang datang lagi,
seram sejuk je takut tak cukup.
So, gigih perah idea then haaa, tambah 100 lagi kauuu.
Nak nampak grand tapi in budget, mari buat macam ni!

Paper bag Polka Dot hitam letak tasbih & chocobar




Hantaran

Hantaran memang kita DIY je, kita tak suka crowded-crowded, serabut-serabut.
Lagi pun kan untuk lelaki so takyah lah bunga banyak sangat.
Colour theme for hantaran Putih, Hitam, Silver.
Nak bagi naik sikit colour selitkan lah bunga warna Magenta sikit,
pastu doorgifts punya tisu paper yang colour magenta tu ada lebih sikit,
buat lah tambah-tambah kasi tak nampak polos.




Canopy


Khemah from Izzi Canopy & Suppliers. 
Colour scallop pilihan Mama kita, Fuschia. 
Decoration canopy beli & pasang sendiri ikut kreativiti suka hati. 
Tenaga lelaki amat-amat diperlukan untuk gantung bendalah-bendalah ni ye haha. 


Kemain sedap lagi pakcik aku tidur. Penattt...



Catering

Katering paling penting dalam satu majlis,
mestilah kita nak orang makan sedap kan dekat majlis kita.
Kita satu family memang puas hati sangat-sangat dengan semua makanan yang Rose Katering 
sediakan.

Menu hari tu Nasi Briyani.
Dari presentation, decoration,
2 org pelayan sampai habis majlis,
semuanya tip-top!

Semua yang datang puji makanan sedap sangat.
Kita pun rasa nak menangis sebab dapat jamah sikit je, woi ruginyaaa!
Esok-esoknya pun ada yang message, whatsapp, tweet, call cakap teringat-ingat nasi & lauk masa majlis tu.
Haa, sampai macam tu sekali penangan Rose Katering ni.
Tengah review pasal katering ni pun, kita dah kecuq ayaq liuq teringat.
Huwaaaaarghhhh! 






Mini Dais

Mini pelamin cantik kita dari @kaisaracreation :)
Simple je tapi cantik.
Harga pun in budget sangat,
memang ni yang paling murah kita survey.
Mini pelamin ni buat tempat sarung cincin & tempat seronok tangkap-tangkap gambar je :D



Bridesmaids

Dulang girls cantik kita memakcik, cousin, exclassmates degree & officemates kita. 
Sebab tunang je, memang tak mampu lah eden nak nyeponser baju. 
Jadinya, pilihan colour yang jadi pilihan kita sebab senang match & tak carca-merba adalahhhh...
HITAM! 

Hihi senang, semua ada baju hitam takyah pepening. 
Takde hitam pekat, takde hitam cair.
Tudung pulak pink. 

Kawan yang datang lambat pun 3, 4 orang kebetulan pulak datang pakai sama tema. 
Good instict, girlsss! 
Haa, apa lagi.. 
Memeriahkan bridesmaids kita lah ceritanya.






Okay, tu je.
Kalau nak tahu in detail, boleh click je dekat highlighted title atas tu.
Harap-harap sikit sebanyak kita dapat tolong & share idea
untuk siapa-siapa yang nak buat majlis bertunang tuuu :)

No comments:

Post a Comment